JOM MASUK KEDAI SAYA... MENARIK... PASTI SUKA!

Photobucket
Bersauna dengan privasi di rumah ikut kebebasan masa sendiri. Bersauna untuk kesihatan dan kecantikan luaran & dalaman. Yang paling utama, nak KURUSkan badan dan CANTIKkan kulit. Buang toksin berlebihan. Set sauna yang mudah pasang, mudah alih dan jimat ruang. ::::: klik kat gambar di bawah ni ::::: Photobucket
  • Bayar secara cash...
  • Bayar secara ansuran TANPA FAEDAH...
  • Join group KUTU SAUNA - HOT!

Saturday, November 07, 2009

SEBUT... KENAL... TULIS...













Suka nak share dgn kawan2 pasal homeschool. Sebab saya rasa ni ilmu berguna utk semua mommies...

Sedia maklum la ye bahawa saya memang menggunakan kaedah fonik sepenuhnya untuk mengajar anak-anak, terutama Nurin yang kini memang saya ajar secara intensif. Pada saya memang kaedah fonik ni amat berkesan dan mudah anak-anak nak faham. Apply untuk Bahasa Melayu dan English.

Langkah pertama --> ajar anak sebut. Nak buka mulut camne. Lidah letak kat mana. Nak mengayakan bibir camne. Bab ni memang ibu kena pandai buat gaya la. Termasuklah buat memek muka untuk anak-anak faham. Tak perlu buka buku or tunjukkan flashcards. Hanya ajar bunyi saje! Part ni, set ABU ADA AYAM / CORY CAT memang boleh membantu:
  • cd lagu ABU ADA AYAM / CORY CAT - lagu akan ikut turutan bunyi di dalam buku.
  • 30 keping flash cards
  • 1 buku mewarna - setiap page akan ikut lirik lagu ABU ADA AYAM / CORY CAT dan gambar aksi untuk diwarnakan
cd tu saya on dalam kereta.
tempat paling sesuai untuk anak-anak saya concentrate.
flashcard tu saya kuarkan sikit, ikut silibus.

-gambar dari post lama ni --> klik utk baca-
(posters ni saya beli and tampal di dinding.
tiada dlm set di atas.
)

Langkah kedua --> keluarkan flashcard satu demi satu ikut silibus. Buka buku. Now, time untuk mereka kenal rupa bunyi. Langkah pertama hanya bunyi. Langkah kedua, tak perlu betulkan sebutan, lidah, muncung, whatsoever. Direct kepada pengenalan rupa bunyi itu dan seterusnya membaca.

Ni akan ada sikit masalah, sikit jer. Bila anak kita da tahu ABC iaitu da kenal huruf. Bila kita tunjuk 'a', dia akan sebut nama huruf, bukan bunyi aaa. Di sini, kita kena pandai la mainkan peranan / kreativiti. Kebetulan, Nurin di tadika belajar silibus fonik juga, so, saya ada sedikit je masalah ni.

Langkah ketiga --> saya andaikan ini langkah terakhir kot. Menulis.
Saya da pun start writing session dengan Nurin secara serius. Fonetik Ekspres 1 & 2 tidak terhad dengan hanya ambik pen dan ikut garisan. Ada mewarna, menggunting dan menampal, suaikan mana yang sama, pangkah mana yang berbeza dan byk lagi jenis aktiviti menulis yang berkaitan.

Selain dari Fonetik Ekspres ni, saya banyak gunakan whiteboard dan marker pen yang pelbagai warna. Nurin memang la suka sessi dengan white board ni. Hingga tak nak berhenti belajar! Tu yang paling saya suka. Semangat nak belajar dia lebih membara bila saya sediakan macam-macam jenis buku-buku dan bahan mengajar.

-gambar dari post lama ni --> klik utk baca-

Saya memang sesuai sangat dengan Siri Cepat Membaca dan ReadEasy ni. Complete bahan-bahannyer. Saya suka. Hmmm... mana-mana ibu-ibu yang da mula fikir tentang ajar anak membaca memandangkan anak da nak masuk 3 tahun, saya syorkan la produk fonik ni.

Singgah sini untuk beli online.
Ada harga murah kalau register jadi ahli.
Pelbagai rujukan, bahan pendidikan ada.
Pengasasnya pun seorang ibu macam kita, Puan Rosnita.
Photobucket

Thursday, November 05, 2009

SAYA SUNGGUH HAPPY TODAY



Happy !
Rasa diri ni amat bertuah !
Dapat 3 hadiah giveaway @ hadiah b'day...
1 da terima.
2 lagi on the way.
Happy !

(p/s : nanti saya citer later...)
Photobucket

Tuesday, November 03, 2009

SEDANG MERAYAP ...

Ari ni merayap ke blog kawan2 @ followers saya semua. Wajib! Ukhwah tu... Tinggalkan jejak, say hai hai and bye bye... Rasa nyer sampai esok ni aktiviti ni baru selesai. Da 96 followers setakat ni.

Love u all my followers --> mmmuah!

Photobucket

Monday, November 02, 2009

BIRTHDAY KU BANYAK HANTU !!!












Saya sudah pun bertambah tua tepat 31.10.2009 ari tu! No.. No.. No.. maintain 'muda'. Bertambah umur. Diari diri pun akan bertambah.... Harap nyer, rezeki semakin melimpah-ruah. Keluarga bertambah bahagia & meriah. Anak-anak bertambah cerdik pintar. Cuma penambahan ahli keluarga ditangguhkan dulu beberapa bulan... hi hi hi!

Member saya di Canada mesej di FB - "besday ko halloween la kat sini. Hantu byk!"... Adus! Tak payah ko mesej la, aku da tau! Nak buat suspen ler konon! Kat Malaysia ni pun da cukup-cukup la byk nyer "hantu"...

Astro pun dok tayang citer hantu. Bukan tahun ni jer, setiap tahun.

Halloween hua hua hua hah hah hah !!! Excuse me, my birthday tau!

Photobucket

Saturday, October 31, 2009

LOVE is in the air... as always... (S.T.I.C.K.Y M.O.D.E)

LOVE is in the air... as always... - Elyn's


Kalu masuk blog Elyn, mesti rasa jiwang! Yes... sebab love is in the air ALWAYS. So, korang layan la love terkelip-kelip-kelip-kelip kat post ni. Ni aura dari Elyn. Repekkanku ikut tema subjek yg nak direpekkan. Tapi, Elyn... ini actually bukan repekkan, ia nya benar, selain yg benar belaka.



Found this lovely blog dari MBP. Sentiasa di update blog LOVE Elyn ni, on daily basis rasa nyer. Sebab kat blogroll saya ni Elyn's blog surely teratas. Sehari 1-2 post. Cuba korang klik header Elyn di atas, korang akan baca post yang kontot montot. Ditaip 2-3 ayat ringkas dan tempek gambar sekeping dua yang menjelaskan segala2nya. Mudah! Tatkala blogger lain dok menggaru kepala mencari idea (hi hi hi) semata-mata nak tempek kat blog, Elyn da advance dgn 3-4 post kontot montot tu dengan idea yg asli, rutin harian, hal-hal Wafiq, hal-hal dalaman & luaran, hal-hal sorang ibu, isteri dan ... (hua hua hua)



BIDADARI. Selalu sgt nampak perkataan ni, saya tak sure pe benda nyer. Until khatam pengetahuan kat blog Elyn. hi hi hi... Bab penjagaan muka, badan, tangan, kaki, ....., ....., ...... dan ..... ni saya memang ler utama kan. Bila org dok citer, sibuk la saya menyibuk. Nak umph ler gamaknyer.



Wokey. Lastly nak beritahu korang... gaya perkataan tulisan Elyn very selamba, sengaja, ketara... tapi dekat di hati. Camner tu??? Jengah ler blog Elyn. Nice to follow. Nice to know.

Photobucket

KLIK SINI YE...BEST!

(STICKY MODE NI... POST BARU SCROLL BAWAH LAGIK...)


Hai...

Tahukah anda ada satu site yang menggabungkan semua blogger mommies di bawah satu bumbung? Ye, jgn tak percaya. Klik icon sebelah tu, baru tau. Orang tua-tua kata, tak kenal maka tak cinta. Memang betul.

Maka, jgn klik klik kosong, register kan diri. Di sini juga ada directory utk bisnes. Boleh market kan produk korang dengan lebih meluas seluas-luasnya. Boleh untung banyak, insya'Allah.

Pelbagai program MBP anjurkan. Yang the best, Featured Mom Blog. Macam blog saya untuk bulan lepas la. Cuba klik kat icon MBP di atas, surely korang bleh nampak bagaimana blog saya dipopularkan.

Then, tak ketinggalan contest untuk anak-anak. Hadiahnyer memang tip top marveles abis!

Jangan tak klik and jadi ahli MBP, sekarang. Klik, klik, klik... beritahu semua jiran tetangga, sahabat handai dan sedara-mara....

Photobucket

Thursday, October 29, 2009

LAGU ALIF BA TA

Antara lagu yang boleh para ibu apply kat anak-anak.
Terutama masa dodoi nak tido.
Layan....

video




Photobucket

Wednesday, October 28, 2009

NOMBOR... MATEMATIK... MUSTAHIL! JANGAN!


Sejarah matematik di kalangan adik-beradik saya dan juga di dalam diri saya amatlah cemerlang dari hari pertama sekolah. I love maths!!! Now, saya nak sejarah kecemerlangan tu diwarisi selama mana yang mungkin oleh anak-anak, cucu-cucu, cicit-cicit saya dan seterusnya. Nurin dah pun didedahkan dengan numbers / maths sejak awal-awal. Mesti kenal. Mesti tahu kira. Mesti tahu perbandingan. Mesti!!! Penting!

Nak cerita skit pandangan negatif pasal ajar anak-anak kecil matematik...

  • ada orang kata - terlalu awal nak bebankan otak / fikiran anak-anak dengan matematik
Salah!
Otak kanak-kanak ni seperti sponge. Daya serap mereka amat tinggi dan di luar jangkaan. Siapa kita nak kata mereka tak boleh terima? Cara nak kena betul. Cara nak kena interesting. Wujudkan suasana matematik yang ceria dan menarik. Di peringkat awal, selitkan unsur matematik tu di dalam permainan mereka. Dedahkan mereka dengan kartun @ rancangan tv berunsurkan nombor / matematik. Done that way, math lessons are something the baby looks forward to in the same way that he looks forward to his other favourite games. Sikit... sikit... lama-lama, apabila mereka meningkat umur, barulah start ajar dengan lebih serius menggunakan buku.

  • ada orang kata - ibu bapa kena pandai matematik, then only baru boleh ajar anak-anak
Salah!
Pasti ibu bapa tahu camne nak explain yang mana banyak dan yang mana kurang. Yang mana besar dan yang mana sikit. Tolak campur darab bahagi yang SIMPLE. Dari situ asas nya. You do not need to be good at mathematics to do a great job of teaching your baby maths !!! Just provide yourself with oodles of enthuasiasm!!! Selebihnya, rujuk buku atau guru tadika / sekolah yang bertanggungjawab. Di internet pun da terlalu banyak bahan-bahan boleh di download atau program pembelajaran yang boleh dilanggan. Best!

Tak perlu jadi pandai. Cukup sekadar tahu. Pengetahuan itu mesti yang benar dari sumber yang betul. Dan satu kesabaran dan kecekalan.

  • terlalu awal, anak-anak akan jadi bosan kelak
Kalau betul caranya, takkan ada perkataan BOSAN dalam diari anak-anak. Sediakan medium-medium yang sesuai... menarik sudah pasti! Mengira ni salah satu perkara yang dilalui oleh kita setiap hari, setiap masa di dalam hampir semua perkara. Melihat jam, mengira baki duit, melihat objek, memotong sebiji kek, makan gula-gula, menukar channel tv... Numbers are very interesting!

  • terlalu awal, anak-anak akan terlalu ke depan berbanding anak-anak yang lain, merosakkan diri anak-anak dari segi emosi dan pergaulan mereka terbatas
Karut! Do we really want to dumb down our children, just so that they conform to the norm?

"All children are born geniuses, but we spend the first 6 years of their life degeniusing them!" -Buckminster Fuller.

Anak-anak masih tetap anak-anak. Jiwa mereka masih muda, masih ingin bermain. She will be a typical 5 year old with tpical 5 year old thoughts and feelings!

*
*
*

Only teach you baby when your baby wants to learn!!! Very important. Kalaulah dalam satu hari tu langsung tiada math lessons, ok, jangan risau. Target kita bukanlah nak mengajar dia sesuatu dalam satu-satu timeframe. Tidak.

Our target should be :
  1. provide them with mental stimulation;
  2. give them the opportunity to learn math at the time when it is easiest; and
  3. have fun learning math.

Matlamat saya terhadap anak-anak adalah 4M : MENULIS, MENGAJI AL-QURAN, MEMBACA (english & malay) dan MENGIRA. Insya'Allah nak menerapkan ilmu-ilmu asas setiap komponen di atas dengan teguh! Pada saya, adalah satu bonus kiranya anak-anak saya mahir dlm matematik menjelang mereka memulakan darjah 1 di sekolah rendah. Ini akan menjadikan anak-anak saya jauh ke depan atau setanding dgn anak-anak pintar yang lain.

Photobucket

Tuesday, October 27, 2009

GOT BOOBIES?

BAGAIMANA NAK TAHU KITA ADA KANSER PAYU DARA ?

Bagi ramai wanita, kanser payudara dikesan sebagai satu ketumbuhan yang tidak sakit. Walaubagaimanapun, terdapat tanda-tanda yang lain yang harus diketahui. Kita harus periksa dari semasa ke semasa. Kerana, kalau dapat dikesan awal, insya'Allah boleh dirawat dan dikurangkan risiko :-

Payudara

  • Perubahan saiz dan rupa

  • Lekuk pada kulit

  • Ketulan atau penebalan

Puting

  • Puting berdarah (jarang berlaku)
  • Ruam di puting dan di persekitaran kulit (jarang berlaku)
  • Puting tertarik ke dalam
  • Ketulan atau penebalan terutama jika terdapat juga cecair keluar daripada puting
  • Penghasilan cecair daripada puting adalah biasa dan selalunya akibat masaalah payudara yang tidak mudarat. Keadaan boleh membimbangkan sekiranya puting berdarah
  • Penyakit Paget di payudara ada kaitan dengan kanser payudara
  • Ruam di puting atau sekitaran puting boleh akibat daripada eczema (Sila jumpa doktor anda untuk mendapat kepastian)
  • Puting tertarik kedalam adalah satu keadaan normal dan semula jadi pada setengah wanita. Walaubagaimanapun sekira keadaan ini baru berlaku dan tanpa sebab, anda harus berjumpa doktor anda

Lengan

  • Ketulan atau bengkak di atau sekitar ketiak

Rasa Sakit

Kesakitan di payudara atau mastalgia perlu diberi tumpuan khas kerana kesakitan adalah sebab utama wanita melakukan pemeriksaan sendiri payudara, menjadi cemas dan berjumpa dengan doktornya. Walaubagaimanapun, kesakitan dalam payudara selalunya bukanlah gejala kanser payudara. Ramai wanita merasakan payudaranya berketul dan sakit sebelum haid. Sakit juga biasanya disebabkan oleh perubahan fibrosistik yang tidak mudarat.



Mari sertai kempen GOT BOOBIES? - AliceWonders.com
Hadiah menarik... paling menarik menanti anda setiap minggu.

Dapatkan ribbon anda di sini ----->>> pink !

----->>> CHECK YOUR BOOBIES...



Photobucket

Sunday, October 25, 2009

MULTI-FUNCTION BABIES' POTTY TRAINER

::::: jamban kecil dara2 ku :::::

::::: tempat melabuhkan punggung :::::

::::: bekas letak 'hajat' :::::

::::: Nurin selesa la nanti. Ada tempat letak kaki & melabuhkan punggung :::::

::::: Ada 4 btg yg elak tempat labuhkan punggung tergelongsor dari jamban :::::

::::: Kalau takde anak kecil, bleh jadi seater / tempat letak mainan bertutup :::::



Just bought it yesterday. Ronda Melaka town dgn kakak & mak abah, singgah jap kat butik Anakku di Jalan Hang Tuah. Kakak beli sling carrier bag dan saya beli potty ni... untuk Nurin & Syuhada. Really like it. Cheap - RM29.90. Worth - multi-function.

Lebih nak attract Syuhada agar minat kencing berak in the toilet. Lupa kan la drypers tu. Letih la membeli. Save skit bajet ibu ayah. Planning if ada baby lagi, insya'Allah, nak beli CD. Masih dlm proses korek ilmu pasal CD.

Nurin dulu babysitter yg train di siang hari. Kami ambik shift malam. Yang best nyer, Nurin tak pernah kencing malam! Dia pasti akan terjaga, dan kejut kan ibu / ayah. Memandangkan Syuhada da hampir nak masuk 3 tahun, now, time da sesuai ada kan training. Dia pun da pandai cakap nak berak, nak kencing, pampers da penuh, itu, ini, ....

Letih la skit jadi trainer. But, 'investment' utk masa depan.... hi hi...

Photobucket

Saturday, October 24, 2009

SEDIH TERAMAT !!!

Malam tadi tonton buletin tv3. Kanak-kanak 8 tahun diculik... dan dirogol!!!! Nasib baik dia dpt lepaskan diri.
Yang buat air mata saya bergenang, nape dirogol budak tu. Nape???!!!

Cuba imagine budak tu anak sendiri, yg akan membesar jadi perempuan... Hilang masa depan dia.

Paling saya sayu bila wartawan tu interview budak 8 tahun tu, kesian !!!! Apalah perasaan budak tu waktu dirogol, kan? Apa kecederaan yang dia alami? Rosak ke dara dia? Kesian !!!!
Memang tak dapat saya imagine perasaan ibu dan ayah budak tu.

Saya terus peluk anak-anak dara saya. Saya sempat pesan, "Jangan main jauh-jauh dari rumah. Nanti orang jahat amik Nurin dan Adah camner? Nangis ibu ayah tau..." Saya cium mereka dan peluk erat.

Apa nak jadi dgn dunia ni ????? Dah berleluasa gejala culik & rogol kanak-kanak skang ni. Jaga la anak-anak sebaik mungkin. Jangan leka!!!

Photobucket

Friday, October 23, 2009

KOMPUTER MINI

::: sedang concentrate :::

::: counting.... 1... 2... 3... :::

::: posing sikit :::


Amat tepat la tindakan saya beli komputer mini untuk Nurin & Syuhada dengan saranan PM kita. Kena celik IT, berkomputer, berinternet... Pendedahan awal penggunaan mouse & keyboard. Style nak tekan. Style duduk. Style pegang.

Bagus perisian komputer mini ni. For now, 3-4 topik je bleh apply kat Nurin. Yang lain, very very good untuk Nurin di masa-masa akan dtg bila sesuai.

Photobucket

Monday, October 19, 2009

UCAPAN DARI AIDA UTK SEMUA

(STICKY MODE HINGGA 19.10.2009.
NEW POST, SCROLL BAWAH LAGIK...)

Kiranya ada tutur bahasa Aida yang mengguris hati rakan taulan di alam maya ini terutamanya, Aida pohon jutaan maaf. Sesungguhnya, ia berlaku tanpa di sengaja kan atau tanpa Aida sedari. Al-maklum lah, Aida ni insan biasa yg tak lari dari kesilapan...

Aida mengharapkan Hari Raya Aidilfitri kali ni lebih bermakna buat Aida dan keluarga. Begitu juga harapan untuk semua rakan taulan. Ia datang setahun sekali. Kemenangan buat kita yang menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan.

Ziarah-menziarahi amalan utama. Eratkan sillaturrahim.

Yang penting, berhati-hati di jalanraya. Semua orang nak cepat sampai. Semua orang nak selamat sampai. Bertolak ansur la sesama kita di jalan raya.

-NIEZAM, AIDA, NURIN & SYUHADA-


Photobucket

Friday, October 16, 2009

KAMI SUKA UPIN & IPIN

Anak-anak saya da pun terdedah dengan kartun UPIN & IPIN ni agak lama, di rumah babysitter. Cuma kami yang agak terlewat mendapatkan mereka dvd UPIN & IPIN - HANTU DURIAN tu. 5 Syawal lepas, baru la ayah beli kan untuk anak-anak... Comel!

Memang sakan Nurin & Syuhada tonton dvd tu. Ulang dan ulang dan ulang. Nasib baik tv or dvd tu tak bernyawa. If not, sure benda tu komplen penat!!! Kiranya saya atau ayah nyer nak tonton tv, dvd tu kami on kan kat laptop. Hmmm... mereka berdua akan setia bergelak ketawa dan tiru memek-memek muka atau kata-kata dari kartun UPIN & IPIN tu. Menarik!

Ada juga saya tanya mereka, "korang tak bosan ke?"... hi hi hi....!

Syuhada la yang paling lawak bab tiru kata-kata kat dvd tu. Sebab suara dia pun agak serupa dengan si UPIN & IPIN tu, kan? Especially trademark si IPIN - "betul betul betul..."

*
*
*

Baguslah. Ada la peningkatan dalam dunia perfileman animasi Malaysia. Kartun nyer menarik dan colourful. Tutur kata yang digunakan amat ringkas dan mudah difahami oleh kanak-kanak. Lawak ringkas nyer amat sesuai untuk kanak-kanak. Yang penting, ada mesej yang baik dan efektif untuk kanak-kanak.

Latar belakang menggunakan suasana kampung / malaysia yang asli. Sungguh cantik dan sedap ditonton. Dapat mempromosikan negara kita ke mata dunia. Kalau tayangan UPIN & IPIN di pawagam lepas, kami terlepas... Insya'Allah pada tahun 2011 ni versi UPIN & IPIN naik ke angkasa lepas, kami akan beli tiket wayang nyer. Pasti berbaloi!

Saya klasifikasikan UPIN & IPIN ni sebagai kartun pendidikan, sebab ia bukan sekadar hiburan. Unsur-unsur ketimuran dan 1Malaysia banyak didedahkan.

*
*
*

Yang best nyer, last Saturday, kami ke open house abang ipar. Open house? Sebab abang ipar saya buat kat kedai dia, bukan kat umah! Kedai abang ipar selang 2 pintu dari kedai souvenir UPIN & IPIN di belakang Tesco Extra, Shah Alam.

Ni la kedai nyer...

Kanak-kanak termasuk la anak-anak buah hubby, Nurin & Syuhada dok keluar masuk dari kedai tu. Budak lelaki yang jaga kedai tu pun jadi malas nak halang mereka. Bagi anak-anak saya, pucuk dicita, ulam mendatang! Saya singgah dan belikan few things untuk mereka, tukang pilih nyer ialah Nurin.

menarik plastik nyer...

one set fridge magnet...

sticker...

dan note book especially for Nurin.

Ada byk lagi dijual, but... nanti-nanti la ibu belikan, ye. Ni map nak ke kedai souvenir tu untuk produk asli UPIN & IPIN. Produk ciplak tak main tau!


Photobucket

Thursday, October 15, 2009

SIGNS OF QAYAMAT آيات قرب القيامة

ط Why is it so hard to tell the truth but yet so easy to tell a lie?

ط Why are we so sleepy (نعسان)in mosque but right when the prayer is over, we suddenly wake up?

ط Why is it so hard to talk about Allah but yet so easy to talk about nasty stuff(الفواحش)?

ط Why is it so boring (ممل)to look at a Islamic Article but yet so easy to look at a nasty one(فاحش)?

ط Why is it so easy to delete a Godly e-mail but yet we forward all of the nasty ones?

Ø Why the mosques are's getting smaller, but yet the dance clubs are getting larger?

*
*
*
*
*
*
*

As we look at this article we realize how true the Messenger (P. B.U.H) was these signs were prophesized 1400 years ago!!!

Take a look.... Now this is scary(مخيف) but soooooooo TRUE!!!!

ط Camels will no longer be used as a means of transport;

ط People will ride on saddles(المركبات الفاخرة) that aren't saddles (cars?)

ط The distance on earth will become short; تم طي المسافات

ط Horses will not be used in wars;

ط Muslims will defeat the Byzantines which will end with the conquest of Constantinople( Istanbul )

ط The Jews will gather again to live in Bilad Canaan; (بلاد كنعان)

ط Very tall buildings will be built; (أبراج منتشرة في جميع أنحاء العالم)

ط The disappearance of knowledge(زوال العلم) and the appearance of ignorance, (ظهور الجهل)with much killing;

ط Adultery(الزنا) will become widespread, and the drinking of wine will become common;

ط The number of men will decrease and the number of women will increase until there are 50 women to be looked after by one man.

ط Islam will become worn out (بالية و رثة)like clothes are, until no one will know what fasting, prayer, charity and rituals (شعائر)are;

ط Allah will send a disease to fornicators (الزانى)that will have no cure (Aids?);

ط People will begin to believe in the stars and reject AL QADAR (THE DIVINE DECREE OF DESTINYالقضاء و القدر);

ط Men will pass by people's graves and say: 'Would that I was in his place'; (large amount of suicidal deathsوفيات انتحارية?)

ط The Euphrates will uncover a mountain of gold for which people will fight over (the river of Alfurat that lies near Syria );

ط Two large groups of people will fight one another, and there will be many casualties; they will both be following the same religion (World War III?);

ط Approximately 30 DAJJALSدجّالون will appear, each one claiming to be the messenger of ALLAH;

ط Earthquakes زلازل will increase;

ط Time will pass quickly;

ط Afflictions أمراض و بلاويwill appear;

ط Killing will increase;

ط Wealth will increase;

ط Women will be wearing clothes but not wearing clothes التعري كما نراه

ط THE PROPHET (s.a.w.) SAID: 'IF MY UMMAH BEARS 15! TRAITS سمات/صفات (QUALITIES), TRIBULATION محنة WILL FOLLOW IT.' (DAY OF JUDGEMENT) SOMEONE ASKED,'WHAT IS THEY O MESSENGER OF ALLAH?' HE (s.a.w) SAID:

ط When any gain is shared out only among the rich, with no benefit to the poor;

ط When a trust (أمانة)becomes a means of making profit ;

ط When paying ZAKKAT becomes a burden;

ط When voices (رفع أصوات كما نشاهده الآن)are raised in the mosque;

ط When the leader of a people is the worst of them;

ط When people treat a man with respect because what he may do;

ط When much wine is drunk; red wind or the earth swallow them, or to be transformed into animals.'

ط THE GREATER SIGNS علامات كبرىOF THE HOUR The Quran will disappear in one night, even from the people's hearts, and no Ayyah will be left on earth. (Some groups of old people will be left who will say: 'We heard of fathers' saying 'LAILLAHA ILLA ALLAH' so we repeat it)

ط The appearance of the MAHDI;

Ø The appearance of the DAJJAL (Anti Christ);

Ø The appearance of Ya'juj and Ma'juj (biblical Gog and Magog);

Ø Isa (Jesus) will come during the time of Dajjal;

Ø The rising of the Sun from the west;

Ø The destruction of the Ka'ba and the recovery of its treasures;

Ø The smoke.

*
*
*
*
*
*
*

"Moga kita di antara orang-orang yang beriman..."

Photobucket