Pages

RANGSANG MINDA ANAK-ANAK DENGAN MELUKIS DAN MEWARNA


Kita mesti sedar bahawa pendidikan awal kanak-kanak sangat memerlukan persekitaran dan motivasi yang amat signifikan bagi merealisasikan bakat dan kemahiran kreativiti kanak-kanak. Kebanyakan dari ibu bapa memberikan pendidikan secara formal dan jarang bertanya -- APAKAH KEHENDAK DAN CITARASA MEREKA YANG SEBENARNYA ?

???

Ibu bapa yang bijak adalah ibu bapa yang mengenal pasti potensi atau kecenderungan anak-anak. Ia memberi peluang kepada anak-anak menerokai potensi semula jadi dalam diri sekaligus mencungkil bakat yang terpendam.

TAHUKAH ANDA bahawa dunia kanak-kanak penuh dengan fantasi dan imaginasi?


Mereka juga begitu sensitif dengan persekitaran. Ketika inilah kanak-kanak giat menjalani proses pembelajaran kemahiran diri. Sudah pasti ibu bapa tidak sabar untuk memperkenalkan anak-anak dengan pelbagai aktiviti seperti melukis, menari atau belajar muzik... iaitu aktiviti-aktiviti kreatif yang merangsangkan mindanya.

Apa sahaja aktiviti yang dipilih perlu mempunyai matlamat yang merangsang minda dan melatih dia menjadi seorang yang KREATIF.

... SENI LUKIS DAN MEWARNA ...

Lukisan Nurin di sekolah. Saya tampal di dinding biliknya.
Ada yang tak abis warna pun... hi hi!
Ada juga yang warna ikut suka.
Bila tak sesuai, ambil eraser and nak padam... "mana bleh, kakak"
Bawah sekali tu - rama-rama, untuk mid-year exam.

Kanak-kanak perlu berfikir dan mengikut kreativitinya. Ini mampu meransang mindanya. Aktiviti seumpama ini memberi tumpuan kepada PENGGUNAAN PANCAINDERA seperti deria rasa, lihat, sentuh, dengar dan bau. Melalui pengalaman kinestetik yang diperoleh, kanak-kanak akan memperoleh pengalaman dan pembelajaran yang MENYERONOKKAN.

MELUKIS DAN MEWARNA adalah aktiviti yang menggembirakan kanak-kanak. Mereka dapat meluahkan apa yang diinginkan. Kanak-kanak akan berasa puas dengan luahan semulajadi mereka.

Sesungguhnya, melalui melukis dan mewarna, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera. Ibu bapa haruslah menyediakan peralatan khas... kertas lukisan, warna dan krayon, berus...


Kanak-kanak lelaki kebanyakannya, mungkin kurang gemar mewarna. Apa kata kita biarkan mereka melukis? Apa sahaja yang terlintas di fikiran mereka menggunakan warna. Lahirkan satu cerita dalam bentuk lukisan.

Kanak-kanak perempuan memang gembira apabila sessi mewarna. Mereka akan asyik mewarna. Terutama gambarajah yang kompleks dan memerlukan warna yang pelbagai.


Tak kira di mana, jadikan aktiviti melukis sebagai salah satu aktiviti asas di dalam merangsang minda anak-anak kita di usia yang muda.
-Pa&Ma-

13 kata-kata membina :):

Watie Aziz said...

i ingat lagi, masa kecik i suka betul pensil colour yg ada depan & belakang tuh ..apa nama ntah ..bukan luna tau .. ada satu tak ingat ah nama dia ..tapi mahal, 48 color dah berpuluh ringgit ..masa tuh manalah mampu kan ..huk huk...sedih jer tgk kawan-kawan guna color tuh dan lukisan dorang lawa sangat ..kita dapat yg murah2 sebab tak mampu..

bila dah besar, dah takder plak jenama tuh..hehehe..sebab tuh i berazam supaya i kumpul duit banyak2 so that apa yg anak i mintak untuk study dia, i dapat penuhkan .. i takmo apa yg i rasa masa kecik dulu, anak i rasa, memang i tak salahkan my parents sebab they did the best to me & i bersyukur sebab i tak memberontak & jadi anak-anak yg nakal & tak mengenang jasa bila dah besar .. kiranya, walaupun susah, i masih sedar diri & belajar rajin-rajin..i mean, walaupun susah masa kecil, i become "orang" skang & tahu menghargai my parents ..alhamdulillah...

Hanz said...

I could never agree more on this topic, Aida. I've up similar posting on this too. Senang2 singgah yer..

Better, bagi kertas kosong & colour pencil/crayon & encourage her free drawing. You'll be surprised how Nurin can be creative next!

Ahliahnizam said...

Cantik nurin kaler ..
pandainye diaaaa :)

adianiez AIDA said...

HANZ --> tu la maksud nyer --> rangsang minda dgn melukis... extra nyer, mewarna. medium, method akan berbeza ikut masa, keadaan dan paling utama, minat anak kita.

melukis...
melukis dan mewarna...
melukis dengan alat warna...
mewarna saje...

nurin & syuhada memang tak lekang dari kertas dan pen. ada je benda yg ditulis @ dilukisnya. sometimes, tanpa aida tahu penda kat kertas tu, aida puji je --> CANTIK NYER... PANDAI NYER NURIN TULIS... BAGUS NYER...

nasib baik hubby keje gomen. byk dpt free pen & small notebook... hi hi hi!

adianiez AIDA said...

WATIE --> aida dulu pun setakat pencil color, etc yang standard jek. takde yg extra mcm org lain. now, aida cuba sedia kan utk nurin mcm2. tinggal lagi, syuhada nakal! suka kacau brg kakak...

awal tahun ari tu aida beli kan mcm2 utk nurin sempena dia nak masuk tadika. but simpan dlm kotak. tadika memang da sedia kan semua nyer. termasuk dlm bayaran pendaftaran. gi sekolah bawa badan je.

Nieza Ishak said...

good info ..

suffiya br 2tahun dah berkotak2 pensil kaler, kami beli yang hok cap murah jerk .. tiap kali singgah ytesco mesti kena pi bhgn buku & kaler utk dia .... pastu belek2 buku br dalam troli .. smp umah .. habisss semua kena humban hahahahah

ummi afifah said...

dulu-dulu hobi ummi melukis.. tapi sekarang takde masa.. harap2 afifah rajin melukis... baru berkembang imaginasi anak kan...

Jade said...

kak aida, anak jade pun dh mula tunjuk minat nk mewarna.. so buat masa ni layan die warna je la.. sambil same2 mewarna, jade akan borak2 ngan die.. w/pun [maybe] die tak paham, tp actually, jade jadikan waktu tu as our quality time or bonding moment..

adianiez AIDA said...

NIEZA --> suffiya memang serupa ler dgn syuhada. may be mereka kecik lagi. minat sedang nak dtg, but, belum byk... slowly...

one thing about syuhada, dia assistant kakak nurin nyer. di mana kakak duduk mewarna, di situ dia ada.

adianiez AIDA said...

UMMI AFIFAH --> aida pun sama ! antara adik beradik berlima, aida ada ikut sikit kebolehan dari abah = pandai melukis. but, tak secantik lukisan abah aida la. tahap reti melukis yg biasa...

ingat lagi zaman sekolah. adik aida form 3 and aida form 5. pepagi dtg kelas dia utk abiskan lukisan dia - melukis & mewarna sekalik! bila loceng bunyi & kena beratur luar kelas, kelam kabut aida beratur sekalik dgn dia. pengawas tak perasan! sebab aida pun masa tu mcm budak form 3... hi hi hi...

adianiez AIDA said...

JADE --> aida setuju sangat-sangat. baru la dia minat dgn apa yg dia buat apabila ibu pun join sekaki.

kakyong said...

bagus ni..
kakyong pun lately ni memang galakkan anis & fikri melukis & menconteng di kertas..

adianiez AIDA said...

tu la kak yong. selain dari meningkatkan daya kreativiti anak, kita boleh train mereka utk :-

1 - pegang pensil dgn betul
2 - postur duduk dgn selesa

hi hi hi... sebab kalu nak masuk anak ke KUMON, perkara pertama mereka test anak ialah menulis --> pegang pensil & sambungkan titik. if berjaya, baru bleh masuk.

aida pernah survey kat KUMON area rumah aida.

Blog Widget by LinkWithin