Plan asal saya & hubby nak ronda jelajah Banda Hilir, Melaka Sabtu lepas tak menjadi. Pepagi Sabtu tu da pun dpt call from my mom-in-law informing us that mak sedara hubby di JB buat kenduri kawin anakanda nyer.

Timbul idea bernas dari hubby : "Jom tengok wayang, nak ?"
Saya yang confused : "Bawak anak ker ?"

Setelah ada sedikit diskusi ringkas, lepas b'fast pagi tu, terus la kami gi beli tiket wayang kat MBO, Melaka Mall - Night at the Museum 2... he he he... excited nyer! Saya & hubby memang 'kaki wayang'. Dari berkawan, bercinta ke la saya pregnant kat Nurin. Lepas tu, takde dah tgk wayang bersama. Ni first time kami nak bawa anak-anak... Camner yek ? Ok ke anak-anak kami dalam panggung yg gelap tu nanti ?

Maka, pagi Sabtu tu, kami start la dgn proses kemas-mengemas. Hubby concentrate dgn kereta-kereta di laman depan. Dan saya dok memasak & mendobi baju... Serta sempat juga menanam pokok cili padi & daun kunyit. Da lama abah saya beri. Tiada masa nak alih ke pasu... Akhir nyer...





Pokok cili padi & daun kunyit...
Moga menjadik la ye...






Kaktus kesayangan...
Pemberian emak & abah sewaktu mereka ke Cameron Highlands pada tahun 2007 lepas.
Dah hampir 2 thn, but, kenit gak lagi...




Kul 9.00 malam kami pun bertolak ke MBO. 5 minit jek dari rumah. Nurin amat excited nak tgk wayang. Meskipun dia sebenarnya tak tau apa ke benda nyer tu. Syuhada ? Dia ikut jek tanpa sebarang bantahan...



Nurin memang best, dia enjoy betul dlm panggung tu dan abis kan popcorn. Busy cakap : Tak nampak ibu ayah la... Gelap la... Itu la... Ini la... Sehingga kami terpaksa suruh dia senyap. Takut lak org marah!

Syuhada ? Agak kelam-kabut saya pegang dia. Popcorn nyer terjatuh, abis bersepah kat bawah seat. Kaki nyer tersepak, gelap kan dlm tu. Then, rasa-rasa nyer, after 20 minit, Syuhada tidur... zzzzzzz...

Tercatit lagi satu sejarah dlm diari saya. Tgk wayang bersama. Ini permulaan kepada aktiviti baru kami - TENGOK WAYANG. Baru la bermakna sikit panggung wayang kat depan rumah tu he he he...