assalamualaikum & salam sejahtera 😊

santai di pagi hari Jumaat, 6 Syawal.
saya masih lagi kerja dari rumah. mr.asben saje yg dah bertugas tiap hari di ofis.
saya masih lagi di rumah bersama anak-anak bertiga.
ptg ni nak minta anak-anak cek semula baju-baju sekolah, buku-buku sekolah, kerja-kerja sekolah dan suruh diorang kiwi kasut-kasut sekolah.
kes COVID-19 kita dah semakin berkurang. menteri pun dah kata, tarikh persekolahan bakal diumumkan. elok la kita get ready kan.
anak-anak bertiga tu pun dah boring tahap maksima 😄.

berborak dgn kak Nurin semlm. tentang hari raya. tentang sepupu-sepupu dia. tentang saudara-mara dia. borak-borak kosong antara ibu dan anak la kan.
terusik cerita tentang salah sorang anak saudara saya. autisme. kami tidak berapa rapat. jarang berjumpa.

Mengatasi Permasalahan Anak-Anak Autisme Dengan Komputer


APAKAH AUTISME

Ia merupakan keadaan yang melibatkan kecelaruan (disorder) tingkah laku kanak-kanak. Kerumitan ini biasa mula dapat dikesan apabila kanak-kanak mencecah umur 3 tahun. Antara ciri utama autisme ialah kanak-kanak tersebut agak lewat menguasai kemampuan bertutur.

Kanak-kanak yang mempunyai masalah autisme biasanya tidak menunjukkan minat untuk berinteraksi dengan persekitaran mereka. Kumpulan kanak-kanak yang menghidap masalah ini biasanya mempunyai interaksi sosial yang terbatas. Mereka juga mempunyai masalah dalam komunikasi lisan dan juga bukan lisan.

Pakar perubatan kanak-kanak menganggarkan bahawa terdapat antara 3 hingga 6 orang kanak-kanak akan mengalami autisme bagi setiap 1000 kanak-kanak. Kanak-kanak lelaki pula adalah empat kali ganda berisiko menghidapnya berbanding kanak-kanak perempuan.

yes. anak saudara saya itu seorang kanak-kanak lelaki.
saya tak tahu pun yg dia tu autisme sehinggalah kakak saya (seorang doktor) yg kongsikan hal tu. kemudian dari tu, saya perhatikan... yes, ada ciri-ciri autisme tu.
dia gemar bersendirian. asyik dgn kereta-kereta mainannya.
ditegur, dia tidak respon. dipandang, dia pandang semula tapi kosong. then, selebihnya dia senyum je.

mostly anak-anak autisme ni lambat diberikan 'rawatan' sebab lambat dikesan oleh ibu ayahnya.
disangka anak tu berperangai baik, tertib, sopan... tapi, rupanya ia merupakan ciri-ciri autisme.

ada sorang lagi. baru saya teringat. tapi tak pastilah samada anak tu autisme atau tak. saudara saya juga tapi dah lama tak berjumpa.
kakak saya juga la maklumkan, "kemungkinan besar anak si dia tu autism!".
bila dibincang-bincangkan, betul la. ciri-ciri autisme tu ada :

  • anak dia tiada komunikasi dgn org lain kecuali ibu ayah dia
  • tidak petah bercakap meskipun dah umur 5 tahun. guna bahasa isyarat yg lebih!
  • boleh mengira 1-100 tanpa silap. boleh menulis dgn lengkap. tapi bab tu je la, yg lain-lain belum lagi ada perkembangan, membaca, mewarna, melukis.


sedang saya klik klik link baca tentang autisme, terjumpa satu kisah yg buat saya sebak 😔. kisah Adam yg handsome, anak lelaki kepada pasangan Iman Wan dan Norhaida. korang boleh like page Adam's Autism Family.

Mengatasi Permasalahan Anak-Anak Autisme Dengan Komputer
Adam & daddy 💙


KOMPUTER DAN KANAK-KANAK AUTISME

kebanyakan dari kita anggap komputer ni sebagai ganjaran kepada anak-anak. mereka siap buah kerja sekolah atau mereka buat perangai baik, kita beri diorang komputer. komputer ni merupakan satu alat rekreasi bagi kita.

pakar dalam bidang sains komputer dan teknolog maklumat telah menghasilkan perkakasan dan perisian terkini. mereka mendapati bahawa anak-anak autisme menunjukkan bahawa mereka lebih tertarik dengan kaedah pemulihan dengan interaksi berkomputer berbanding kaedah rawatan tradisional (tanpa komputer). 

komputer ni tak lagi menjadi alat rekreasi saje, tapi sekarang ni, tahun 2020, dah jadi alat komunikasi dan lat bantuan pembelajaran, kan. contohnya, time PKP sekarang ni, anak-anak kita bersekolah dari rumah. kerja-kerja sekolah diberikan melalui google classroom.

kumpulan anak-anak kecil, kalau kita perhatikan, mereka lebih responsif, peka dan bermotivasi kalau belajar dgn komputer ataupun telefon pintar, kan. anak-anak autisme ni kita tahu yg mereka mengalami ketidakupayaan dalam membuat pilihan atau membuat keutamaan. so, secara logiknya, dengan perisian komputer, kanak-kanak autisme diajar membuat perbandngan dari segi persepsi terhadap sifat objek seperti berat atau ringan, perlahan atau laju dan sebagainya.

Mengatasi Permasalahan Anak-Anak Autisme Dengan Komputer


maka, ibu ayah sekalian...
carilah program komputer yg bersesuaian dgn keperluan anak-anak kita. jgn sekadar beri keseronokan, tapi berunsurkan pendidikan. mereka ni kalau kita bagi program belajar semata-mata pun, konsentrasi diorang takkan lama.
carilah program pendidikan yg interaktif. kartun. warna-warni. ada games yg diselitkan. kasik anak-anak enjoy.

apatah lagi kalau anak-anak autisme, akan ada program yg direka khas utk mereka. ni kena consult pakar la, tak dpt saya nak kongsi di sini. carilah program yg bermutu agar dpt atasi masalah anak-anak autisme dari segi pertuturan, kecekapan tangan dan interaksi sosial mereka dgn org lain.


😊😊😊
maka, kiranya anak korang tidak berupaya untuk bertutur sehingga mencapai umur 3 tahun, jangan berlengah untuk mencari penyelesaian mengatasi masalah tersebut. dalam masa yang sama, janganlah risau. 
usaha dan percaya bahawa anak anda normal dan keupayaan bertutur akan terserlah. confident!

sekarang ni pun kan, anak-anak kan perlu ke klinik utk imunisasi dan check-up secara bulanan. di situ pun jururawat dan doktor boleh bagi nasihat ikut perkembangan anak-anak kita.
kalau tak capai certain perkembangan ikut tempoh yg da set dlm buku, confirm doktor akan minta refer doktor pakar di hospital.


😌😌😌
suka saya nak maklumkan, anak-anak autisme perlu didaftarkan di Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia dan juga Jabatan Kebajikan Masyarakat ye. ni utk memenuhi keperluan pendidikan dan tumbesaran mereka yg sihat dan sempurna.

percayalah.
anak-anak autisme ni kalau kita berikan perhatian dan rawatan yg bersesuaian, mereka pasti boleh berdiri sebaris dgn anak-anak sempurna yg lain.
anak itu rezeki dari Allah. cuma ia diberikan dlm bentuk yg berbeza.
dugaan anak istimewa ni juga adalah rezeki, kan 😌.

saya kagum dgn ibu ayah yg mempunyai anak istimewa ni. saya dikurniakan anak-anak yg sempurna, mungkin tidak tahu betapa beratnya ujian ibu ayah itu.
semoga mereka semua dikurniakan ketabahan yg tinggi. in shaa Allah...

[link rujukan utama saya utk entri ni : Astro Awani, MyHEALTH KKM dan BH Online]

😊😊😊