Di samping mengaplikasikan teknik dan amalan asas penyusuan yang betul, anda mampu menambah penghasilan susu dengan mengambil makanan tertentu yang semulajadi, murah dan mudah didapati.

BARLI
Anda hanya perlu memasak barli sehingga kembang dan jadikannya sebagai minuman samada dihidangkan secara suam mahupun sejuk.

KACANG SOYA
Berbanding susu segar ataupun minuman jenis lain, susu kacang soya adalah minuman terbaik yang banyak membantu anda menambahkan susu badan. Lebih bagus sekiranya susu soya tersebut dihasilkan sendiri. Ia akan bebas daripada kandungan bahan pengawet. Jika tidak berkesempatan, menumlah susu soya organik.

BETIK MUDA
Amalan memakan betik muda ini baik kerana ia sememangnya berhasil dalam menambahkan penghasilan susu badan. Biasanya, betik muda dijadikan sup dan dimakan bersama nasi.

JINTAN
Orang Melayu dahulu kala memanfaatkan pelbagai jenis tumbuhan sebagai ubatan. Ini termasuklah jintan manis dan jintan putih. Keduanya dapat menambah pengeluaran susu badan bagi sesetengah ibu. Untuk memperoleh kebaikannya, anda perlu menggunakan rempah-rempah ini dalam kebanyakan hidangan makanan seharian.

HALBA
Ini biasanya digunakan dalam masakan kari. Cuci halba dahulu, keringkan dan simpan dalam bekas tertutup. Anda perlu makan sesudu kecil halba setiap hari. Boleh juga sekiranya anda merendam halba tersebut di dalam air panas selama 15 minit dan selepas itu, meminumnya.

LOBAK
Tidak kira samada lobak putih atau lobak merah, ia boleh membantu pengahsilan susu ibu. Walaubagaimanapun, lobak putih lebih bagus. Kedua-dua jenis lobak boleh dijadikan hidangan sup atau hidangan salad yang berkhasiat.

OAT
Selain daripada menurunkan paras kolesterol dalam darah, oat juga bagus untuk penghasilan susu badan. Boleh dinikmati setiap pagi dengan menggunakan oat segera. Untuk lebih lazat, anda boleh mencampurkan oat bersama susu, madu atau buah-buahan segar.